• Home
  • ABOUT US
  • WAKTU OPERASI
  • CONTACT US

SIAPA KAMI PENGASAS HEADLAMP COATING EXPERT

Proses coating cepat & efisien. Tak perlu tinggal kereta lama.

EST 2018

HAIRULZAIN BIN MAH HASSAN

PRESIDENT

Email : headlampcoatingexpert@gmail.com


   Encik Hairul dilahirkan di kampung Cheras Baru Kuala Lumpur. Bersekolah di SMK Taman Sri Muda. Masih Berkhidmat sepenuh masa di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam Shah Alam. Perniagaan automotive Headlamp Coating Expert adalah perniagaan separuh masa yang dilaksanakan selepas waktu bekerja serta hari cuti. Perniagaan automotive Headlamp Coating Expert ditubuhkan pada tahun August 2018  


Sebagai seorang usahawan automotive, Hairul mahir dalam prosedur perkhidmatan pemulihan lampu kereta yang mengalami masalah lampu kereta. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan lampu kereta antaranya seperti masalah lampu tinted terbakar, kuning kusam serta mencantikkan lampu kereta. Pengalaman selama mengendalikan lampu kereta pelanggan, tugas utama Hairul memastikan kepuasan hati pelanggan lampu kereta nampak mewah, solid, berkilat semasa proses coating smoke sedang berlangsung. 

HLCE bantu susun jadual servis ikut keperluan pelanggan.Komunikasi jelas & mudah melalui WhatsApp.

EST 2018

HANI ERLISYA

MASTERMIND

Email : headlampcoatingexpert@gmail.com


 Puan Hani dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Bersekolah di sekolah SMK Jalan Kebun & Sekolah Agama Menengah Harapan di Jenjarom seterusnya melanjutkan pelajaran di PTPL College Shah Alam Diploma Pengurusan Pelancongan. 


 Pernah berkhidmat di sebuah syarikat hartanah sebagai Juruteknik Penilaian pada tahun 2009 sehingga 2011. Berpengalaman selama 7 tahun dalam membina perniagaan network marketing Malaysia dan Brunei Darussalam pada tahun 2011 sehingga 2018. 


 Hujung tahun 2018 hani mengambil keputusan untuk berkhidmat sepenuh masa sebagai Mastermind di Headlamp Coating Expert sehingga ke hari ini. Sebagai seorang Mastermind, Hani berpengalaman dalam Content Marketing, Video Marketing & Pengurusan Strategi Perniagaan. 

Hasil coating berkualiti tinggi dan tahan lama.Pelanggan diberi penerangan jelas tentang proses.

COMPANY VISION & VALUE

MATLAMAT


Matlamat kami adalah untuk mewujudkan reputasi sebagai syarikat otomotif utama terkenal dengan kepakaran teknikal kami dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap nilai moral. Kami berhasrat untuk mendapatkan penghormatan dan kekaguman pelanggan kami melalui dedikasi kami yang teguh untuk memenuhi tanggungjawab kami. 


 NILAI  


Walaupun sesetengah syarikat mungkin berkompromi dengan prinsip mereka, kami memahami bahawa pelanggan kami adalah seperti keluarga dalam dunia perniagaan. Oleh itu, kami berpegang teguh pada satu set nilai teras, termasuk ketelusan, integriti, kebolehpercayaan dan profesionalisme yang tidak berbelah bagi. Dalam organisasi kami, kami terlibat secara eksklusif dengan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. 


MISI


Misi kami adalah muncul sebagai perkhidmatan kilat lampu kereta yang terulung peringkat teratas, produk khusus serta yang berkaitan otomotif lampu kereta. Kami berdedikasi untuk mencapai melalui standard etika yang tinggi, mengoptimumkan, keuntungan melalui bidang otomotif, masa depan dan perkembangan pengguna kenderaan.


VISI


Visi kami adalah menambah baik operasi dan teknikal, menumpukan pembaikan perkhidmatan coating smoke lampu kereta serta memberikan perkhidmatan yang professional terbaik kepada pelanggan. 

HEADLAMP COATING EXPERT

+60132359959

Copyright © 2025 headlampcoatingexpert - All Rights Reserved.

Powered by